Agama

Setiap agama utama di dunia memiliki wakil yang kukuh di Malaysia, penyokong utama setiap agama memberikan gambaran yang besar terhadap cirri-ciri setiap populasi yang pelbagai etnik. Kepelbagaian agama di Malaysia adalah pantulan terus daripada kepelbagaian bangsa yang tinggal di sini. Sungguhpun Islam adalah agama rasmi Malaysia, kebebasan agama lain adalah terjamin. Hampir semua kaum Melayu beragama Islam. Kaum Cina menerima agama ciptaan seperti Taoism (kepercayaan akan pengajaran Lao-Tze), Buddha dan pemujaan nenek moyang mereka, sungguhpun ada juga yang beragama Kristian. Walaupun agama Kristian tidak memberi impakyang besar kepada Semenanjung Malaysia, kesannya adalah lebih besar ke atas Malaysia timur, di mana kaum asli memeluk agama Kristian walaupun yang lain masih mengikuti kepercayaan tradisi mereka.

Dengan pelbagai budaya yang dilihat dapat wujud dalam keadaan yang harmoni, Malaysia dengan megahnya dapat menyambut perayaan-perayaan yang tidak terbilang sepanjang tahun. Perayaan-perayaan utama adalah Aidilfitri (Eid-ur-Fitr), Chinese New Year, Deepavali, Christmas, Vasakhi, Gawai Dayak and Tadau Ka’amatan. Sepanjang perayaan-perayaan ini, rakyat Malaysia mengamalkan konsep “rumah terbuka”, sebuah acara untuk saling mengucapkan salam sejahtera. Terdapat jamuan dan aktiviti-aktiviti yang meriangkan di mana setiap yang hadir turut serta dalam keriangan majlis tersebut. Rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama turut serta dalam perayaan-perayaan tersebut.