Budaya

Di Malaysia, pengunjung-pengunjung akan terpegun apabila melihat kumpulan-kumpulan etnik utama di Asia dapat hidup bersama dengan harmoni. Sesungguhnya, agama-agama utama di dunia juga terdapat di sini. Pemandangan menarik di bandar-bandar utama adalah kedekatan masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja-gereja kepada satu sama lain.

Fenomena sosial ini telah memperkayakan persamaan budaya, mozek kebudayaan dan wawasan negara.

Bergaul dengan lebih 25 juta penduduk setempat, terdapat kaum majoriti, Melayu dan golongan penduduk asal termasuk Orang Asli, Dayak, Kadazan, Dusun, Melanau, Murut dan banyak lagi. Turut serta kaum Cina, India, kaum percantuman keturunan seperti Baba-Nyonya, golongan Portugis dan lain-lain keturunan daripada Eropah dan juga beberapa pendatang baru dari negara-negara Asia yang lain.