Makanan

Malaysia memiliki pelbagai jenis restoran hampir di setiap Bandar dan pekan. Terdapat Restoran Melayu, Restoran Cina, Restoran India, Restoran Thai dan banyak lagi. Makan di Malaysia adalah pengalaman ilmu pengetahuan tentang makanan enak yang sebenar.

Terdapat pelbagai pilihan menarik seperti Masakan Melayu yang pedas, kepelbagaian Makanan Cina yang bagaikan tiada kesudahannya, hidangan eksotik dari utara dan selatan India, Nyonya serta Makanan Portugis.

Hidangan masyarakat Malaysia yang terkenal adalah termasuk satay, nasi lemak, rendang, roti canai, murtabak,laksa, nasi ayam dan mi goreng. Masakan barat juga terdapat di sini. Sebagai tambahan, rangkaian makanan segera antarabangsa juga beroperasi di bandar-bandar utama berdekatan dengan ribuan gerai jalanan dan pasar makanan.