Senibina

Seni bina di sekeliling Malaysia hari ini mempamerkan bayangan hampir setiap seni bina dan gaya dari agama-agama serta budaya-budaya utama di Asia. Selain mengekalkan seni bina warisan, Malaysia memandang ke hadapan dan mencipta warisan menaranya di dunia.

Hari ini, kebanyakan bandar-bandar besar dan pekan-pekan adalah gabungan baru dan lama. Kuala  Lumpur sebagai contoh, di mana rumah-rumah tradisional dan bangunan-bangunan kesan jajahan berdiri bersama masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja-gereja; semuanya dalam jarak berjalan kaki di bawah bayangan warisan baru, Menara Berkembar Petronas, bangunan berkembar tertinggi di dunia. Pertumbuhan seni bina adalah hasil daripada pengaruh sejarah kurun lalu ke atas negara. Ia bermula daripada tempat tinggal kuno bumiputera kepada Hindu-India dan juga pengaruh Arab-Muslim diikuti dengan ketibaan kaum Cina daripada bahagian Asia. Seterusnya rentetan masa penjajahan Eropah  daripada Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris tetapi mendapat  campur tangan pandangan daripada penduduk tempatan secara keseluruhannya; diakhiri dengan kemredekaan namun visi rakyat Malaysia masih lagi berasakan semangat tradisional.