• Utama
  • Perkhidmatan
  • Kemudahan di MaTiC

Kemudahan di MaTiC

Kaunter Penerangan Pelancongan


Kaunter ini beroperasi bermula dari 8.00 pagi - 05.00 petang dan dikendalikan Pegawai Khidmat Pelanggan (Pelancongan). Antara khidmat yang ditawarkan adalah memberi maklumat mengenai destinasi pelancongan menarik di Malaysia, pengangkutan awam, kemudahan penginapan hotel, membantu merancang perjalanan pelancong ketika berada di negara ini dan lain-lain.

Waktu operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat).

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03 – 9235 4800 .
Facebook : Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
Instagram : maticmy
Twitter : MaticMy
YouTube : MaTiC ppmmatic

Teja Studio


Teja Studio merupakan satu jenama di bawah syarikat Rumpun Kita Enterprise. Ia ditubuhkan pada tahun 2018 lahir selepas pengasasnya Muhammad Hafiz bin Sulaiman menyertai program Tunas Usahawan Belia 2018 yang dianjurkan oleh SME Corp bersama Isteri, Aida Batrisyia merupakan Alumni Jurusan Tekstil Uitm yang merupakan Pereka dan Batik Artisan.

Nama Teja diambil dari nama pejuang kebebasan kemerdekaan iaitu Tun Teja. Insipirasi daripada semangat berjuang demi mempertahankan negara,disamping menjadi contoh kepada bangsa mengenai seni budaya, adab, tatasusila dan kesopanan yang ditunjukkan.Objektif penubuhan syarikat adalah untuk merakyatkan seni melalui projek komuniti yang dianjurkan Teja Studio dengan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai seni budaya kraftangan. Projek komuniti melalui bengkel seni yang akan diajar oleh Artisan-Artisan yang berpengalaman di dalam disiplin seni tradisional dan moden.

Di samping itu, syarikat menjadi perunding reka, acara dan mengeluarkan bahan seni untuk pembelajaran serta kraftangan. Menjadikan tanggungjawab sosial kepentingan utama selain berjaya menjadi usahawan yang berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.Di Teja Studio menyediakan bengkel-bengkel seni dan kraf seperti Tie & Dye, Mencanting Batik, Mengecop Batik, Art Resin dan DIY Totebag.

Waktu operasi : 10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad ). Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Layari media sosial Teja Studio & Gudang e-Commerce untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan & produk yang ditawarkan :
Facebook : tejastudio.my
Instagram : teja.kl
YouTube : tejastudio
Shopee: tejastudio

Mike Bikes


Menerokai keindahan bandaraya Kuala Lumpur dengan basikal oren Belanda yang sebenar. MikeBikes adalah satu-satunya penyedia pengalaman unik ini.

MikeBikes membawa anda dalam pengembaraan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup anda. Penerangan pemandu pelancong tempatan yang memberitahu anda tentang asal usul dan budaya kota dunia yang menarik ini. Semuanya di MikeBikes !

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : +60 (0)17 673 7322. Untuk maklumat lanjut sila melayari : https://www.mikebikes.my/

Zon Internet Percuma


Terdapat 5 unit komputer disediakan kepada pelancong untuk melayari laman-laman web pelancongan yang disenaraikan serta laman web rasmi Tourism Malaysia di alamat url: http://www.tourism.gov.my/

Pelbagai maklumat terkini boleh didapati seperti destinasi pelancongan yang menarik, tempat penginapan, pakej pelancongan, program acara dan perayaan dan sebagainya.

Malaysia Travel Business


Kaunter ini dikendalikan oleh Malaysian Travel Business (MTB) yang mengendalikan tiket penerbangan, tempahan hotel, tiket bas Transnasional (Executive Coach) dan juga menyediakan pilihan pakej pelancongan dalam negeri khas untuk kumpulan tertentu bagi memenuhi keperluan pelancong. Malaysian Travel Business meruapakan ahli berdaftar dengan badan-badan berikut :
  • International Air Transport Association (IATA)
  • Malaysia Asssociation of Tour and Travel Agents (MATTA)
  • Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (BUMIPUTERA)
  • Kuala Lumpur Transit Association (KLTA)

    MTB menyediakan perkhidmatan berikut :
  • Tempahan tiket ke seluruh dunia
  • Tempahan hotel di seluruh dunia.
  • Pakej Pelancongan Dalam Negeri & Luar Negara.
  • Menyediakan pengankutan kereta, van, bas yang dikehendaki.
  • Mesyuarat Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE)
  • Servis VISA
  • Insuran Perjalanan

    Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03 – 2163 0162
    Website : https://mtbiztravel.com/

Harriston Boutique


Di butik ini, para pelawat dan pelancong boleh menikmati seleksi coklat paling lengkap daripada buah-buahan tropika yang mewah.Pengunjung dapat menikmati keenakkan dan kelazatan coklat tanpa gula,coklat durian dan lain-lain lagi.Coklat yang terdapat disini juga berkualiti dan bermutu tinggi dengan menggunakan bahan-bahan yang segar bahkan ianya diakui oleh penggemar coklat.

Pelanggan yang ingin membeli coklat Harriston Boutique secara online boleh mendapatkan di platform Lazada, Shopee dan Zalora : Harriston Chocolate

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 017-9735123 ( Jess )
Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang. ( Isnin – Sabtu )

Karyaneka


Karyaneka menawarkan keselesaan membeli belah koleksi produk yang meliputi produk hiasan diri, hiasan dalaman dan cenderamata malahan menyediakan produk kraf tempatan yang berkonsepkan hadiah korporat sebagai identiti berimejkan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila melayari www.karyaneka.com.my

Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Untuk maklumat lanjut sila melayari www.karyaneka.com.my

Tanjak Adventure & Tour


Lusuri keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dengan cara berbasikal, berbasikal dengan cara dengan cara tersendiri.

Hubungi di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau whasatpp di 013-736 0302 .