Pulau & Pantai

Malaysia, bumi yang peramah rakyatnya dan diberkati dengan keajaiban alam semulajadi, mengalu-alukan kunjungan anda. Bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan, Malaysia juga membujur ke seberang deretan utara di bahagian Borneo untuk membentuk negeri Sabah dan Sarawak.

Dengan 48,000km garis pantai, Malaysia dengan bangganya mempersembahkan pantai-pantai dan pulau-pulau tercantik di Asia Selat Melaka di bahagian barat, Laut Cina Selatan di bahagian timur dan Laut Andaman di bahagian utara-barat. Terdapat banyak kekayaan semulajadi yang masih bersarang di resort-resort yang dibina berhampiran dengan kawasan laut dan teluk-teluk kecil.

Di bawah perairan akuamarin, terdapat batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai. Datanglah dan semoga terpukau oleh kehebatan percutian yang menakjubkan.



PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Pulau Perhentian menawarkan resort-resort pantai yang sebagai lokasi percutian yang ideal bersama keluarga. Pulau ini dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang hijau dan subur dengan pasirnya yang halus dan putih dan air lautnya yang kebiru-biruan sangat menarik perhatian para pencinta pantai. Jangan lepaskan peluang anda bercuti di pulau ini yang menjadi syurga bagi pencinta laut dan merupakan sebahagian Taman Laut Negara Malaysia.

Lokasi : Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu



PULAU RAWA, JOHOR

Pulau ini dinamakan Rawa, ia berasal daripada Bahasa Melayu yang bermaksud burung merpati putih atau lebih khusus burung merpati empayar (Ducula bicolor) yang berasal dari pulau itu. Kedudukan Pulau Rawa di utara-selatan Johor ini masih terlindung daripada kesibukan perairan terbuka Laut China Selatan. Pulau Rawa mempunyai liputan terumbu karang di seluruh Kawasan pantainya dan kedalaman pantai yang agak cetek menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti menyelam dan sukan laut. Pantai ini juga selamat untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Lokasi : Mersing, Johor



PULAU TIOMAN, PAHANG

Pulau Tioman terletak di luar pantai timur Semenanjung Malaysia, Laut China Selatan. Ia adalah rizab alam semula jadi dan merupakan destinasi pelancongan yang menarik kerana dikelilingi oleh pantai. Kawasan ini terkenal dengan tapak-tapak untuk menyelam. Pantainya yang cantik kehijau-hijauan ini mempunyai pelbagai batu karang, kipas laut dan span laut serta bangkai kapal untuk diterokai oleh para pencinta laut. Pulau ini diliputi oleh hutan hujan tropika, dan menjadi tempat tinggal bagi rama-rama, biawak dan monyet. Di sini juga terdapat pusat penetasan penyu di bawah Projek Penyu Juara.

Lokasi : Rompin, Pahang



PULAU REDANG, TERENGGANU

Pulau Redang ialah sebuah pulau di Daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ia adalah salah satu pulau terbesar di luar pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga salah satu pulau tercantik di dunia. Ia terkenal dengan airnya yang jernih dan pantai berpasir putih.

Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu



PULAU PANDANAN, SEMPORNA, SABAH

Pulau Pandanan terletak kira-kira 30 kilometer dari Semporna dan perjalanannya mengambil masa kurang sejam, Kedudukan Kepulauan Pandanan di perairan wilayah di antara Filipina dan Malaysia adalah strategik. Walaupun pulau ini agak kecil dan boleh dilihat dari Kepulauan Pom Pom yang berdekatan, keindahan pulau ini tidak dapat ditandingi. Tarikan utama adalah penyu-penyu hijau yang menjadi pulau ini persinggahan mereka. Semasa melawat Pulau Pandanan jangan lepaskan peluang untuk melihat fenomena semua penyu ini di pantai semasa kejadian air pasang.

Lokasi : Northeast of Semporna, Sabah



PULAU PANGKOR , PERAK

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka. Di antara tempat-tempat menarik adalah Teluk Nipah. Coral Bay (Teluk Aur) dan Pulau Giam. Pelancong boleh menaiki bot untuk ke Pulau Giam bagi melihat beting pasir yang membentuk dataran akan timbul pada musim air surut. Kebiasaannya, fenomena ini akan terjadi pada musim Perayaan Tahun Baru Cina. Dataran pasir itu membentuk laluan yang boleh dilalui dari daratan pantai Teluk Nipah hingga ke Pulau Giam. Fenomena ini boleh dikatakan sebagai keajaiban alam. Memang tidak boleh disangkal lagi, jumlah pelancong yang ramai sanggup datang ke Pulau Pangkor hanya untuk melihat fenomeno laut terbelah ini. Selain itu, tarikan terbaru di Pulau Pangkor ialah Pusat Pemuliharaan Penyu di Teluk Ketapang pastinya tidak boleh dilepaskan.

Lokasi : Manjung, Perak



PANTAI CENANG , KEDAH

Pantai Cenang di Langkawi dianugerahkan dengan air laut Andaman dan pasir putih yang menenangkan dengan hutan tropika yang cantik. Pantai Cenang terletak sekitar 2 kilometer daripada pantai barat Langkawi dan mempunyai pelbagai tarikan untuk aktiviti air di pantai selain menawarkan resort dan chalet bajet, gerai-gerai jualan dan pelbagai restoran makanan laut untuk dinikmati oleh para pelancong. Pastikan anda menikmati percutian yang menarik di sini.

Lokasi : Langkawi, Kedah



PANTAI PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN

Port Dickson ialah destinasi peranginan pantai di Negeri Sembilan di Malaysia, kira-kira 90km dari Kuala Lumpur dan 30km dari Seremban. Juga dipanggil 'PD' oleh penduduk tempatan, tempat percutian yang popular ini terletak dalam jarak yang mudah dicapai dari KL dan Singapura melalui lebuh raya dan jalan raya utama. Selain itu, terdapat juga banyak tarikan pelancong untuk diterokai termasuk muzium tentera, ladang burung unta, balai cerap bulan, pusat ikan hiasan, waterfront walk, galeri seni 3D dan banyak lagi. Selain itu, terdapat hutan simpan yang menawarkan pemandangan hidupan liar dan pendakian.

Lokasi : Negeri Sembilan



TELUK CEMPEDAK, PAHANG

Teluk Cempedak juga dikenali sebagai Palm Beach merupakan sebuah pantai di Kuantan, Pahang. Ia terletak 5 kilometer ke timur dari pusat bandar di Kuantan. Pantai berpasir putih dan casuarina dan pokok pain memenuhi pantai, dengan beberapa tanjung berbatu menghadap Laut China Selatan.

Lokasi : Kuantan, Pahang