Matawang

Matawang yang digunakan di Malaysia adalah bernilai dari RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 dan juga syiling yang bernilai RM0.10, RM0.20, RM0.50. Nama "Ringgit" berasal daripada wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Sejak Ogos 1975, nama “Ringgit” telah diterima secara rasmi sebagai nama yang sesuai untuk mata wang Malaysia. Terdahulu, wang dikenali sebagai dolar dalam bahasa Inggeris dan ringgit dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, simbol “$” terus digunakan sehingga ia ditukar kepada “RM” "RINGGIT MALAYSIA" pada tahun 1993 dan terus digunakan sehingga hari ini.

2. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini : MALAYSIA CURRENCY