We want to keep this Official Portal as useful and informative as possible. Your feedback will help us to improve the quality of the existing service.
Please note, this feedback form is only for feedback and suggestions related to this Official Portal. For other inquiries, suggestions and complaints, please use the Public Complaints Management System (SISPAA).
Berapakah Jumlah tempat duduk yang terdapat di Dewan Tunku Abdul Rahman?
Terdapat sejumlah 400 buah tempat duduk dan jumlah ini mungkin berkurangan bergantung kepada jenis acara dan persembahan.Walaubagaimana pun bagi memenuhi SOP Pelan Pemulihan Negara FASA IV, jumlah penonton dikurangkan menjadi separuh sahaja.
Bagaimanakah untuk ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)?
Pengunjung boleh pergi ke MATIC dengan menggunakan Bas, & LRT, Monorel atau Grab. Itu adalah laluan-laluan yang mempunyai hentian-hentian yang berdekatan. Bas: 303, 300, Go KL Bus BLUE & GREEN, GREEN Suria KLCC ↺ Bukit Bintang , BLUE Gokl Blue: Hab Titiwangsa ↺ Bukit Bintang LRT: Stesen Dang Wangi ;8 minit berjalan kaki ,Monorel: Bukit Nanas; 4 minit berjalan kaki.
Bilakah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dibuka secara rasminya?
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebelumnya dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan dirasmikan pada 5 September 1990 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4/7, Tun Dr. Dato' Seri Mahathir Mohamed.
Pusat Pelancongan Malaysia Dimiliki oleh?
Pusat Pelancongan Malaysia(MaTiC) dimiliki oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia(MoTAC). Tujuan Penubuhannya adalah untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan pelancongan yang disediakan seperti perkhidmatan khidmat nasihat pelancongan menerusi Kaunter Pelancong, kemudahan E-Portal, mengadakan persembahan dan aktiviti seni budaya tempatan.
Adakah kemudahan disediakan untuk pengunjung yang kurang upaya?
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dilengkapi dengan kemudahan untuk mereka yang berkerusi roda. Kami juga turut menyediakan tandas uniseks untuk mereka yang kurang upaya.
Wujudkah tempat untuk meletakkan kenderaan?
Terdapat banyak ruang parkir untuk meletakkan kenderaan disediakan percuma.
Apakah kod pakaian yang khusus untuk menonton persembahan di Pusat Pelancongan Malaysia(MaTiC)?
Untuk persembahan Orkestra dan Koir, anda perlu memakai 'Lounge suit', baju batik atau kemeja lengan panjang. Bagi persembahan teater dan tarian pula, anda perlu mengenakan pakaian yang kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.
Data Protection Leading technologies including encryption software is used to safeguard any data given to us and strict security standards are maintained to prevent unauthorized access.
Storage Security To safeguard your personal data, all electronic storage and transmission of personal data are secured and stored with appropriate security technologies.