25 Oktober 2023
MaTiC Info
590
Lawatan Politeknik Sultan Idris Shah
25 Oktober 2023 | Lawatan Politeknik Sultan Idris Shah
Para pelajar dan pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah telah mengadakan lawatan pendidikan ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara lebih dekat mengenai peranan MaTiC sebagai pusat sehenti maklumat pelancongan serta hab promosi seni dan budaya negara. Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan MaTiC, termasuk latar belakang bangunan warisan yang menjadi antara ikon pelancongan di ibu kota.

Selain itu, para pelajar dan pensyarah turut diperkenalkan dengan pelbagai fasiliti yang disediakan di MaTiC seperti ruang galeri, auditorium, kaunter informasi pelancongan serta kawasan pameran dan jualan produk kraf tempatan. Mereka juga diberi penerangan mengenai kedai-kedai yang beroperasi di dalam bangunan MaTiC serta peranan pusat ini dalam menyokong usahawan tempatan dan mempromosikan produk pelancongan Malaysia. Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada para pelajar dalam memahami industri pelancongan dengan lebih mendalam, seterusnya menyemarakkan minat mereka untuk terus menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara.