08 Disember 2025
MaTiC Info
107
Majlis Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN)
Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Majlis Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) di Mini Auditorium, MaTiC. Satu inisiatif penting dalam usaha menambah baik, memulihara dan meningkatkan mutu fasiliti demi keselesaan pengunjung serta kelestarian aset MaTiC.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), diiringi oleh Pengarah MOTAC WPKL/Putrajaya, Encik Mohamad Nawwar Faiq bin Mohamad Noh. Turut hadir ialah barisan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam projek PPUN, yang memainkan peranan penting dalam memastikan setiap komponen kerja dapat dilaksanakan dengan lancar, teliti dan berkualiti.
Dengan kerjasama erat semua, usaha pemulihan serta naik taraf ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pengalaman pengunjung dan meningkatkan nilai estetika serta fungsi ruang di MaTiC dan MOTAC WPKL/Putrajaya. Tahniah! Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak transformasi yang membawa ke tahap yang lebih cemerlang.