Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

28 April 2025

MaTiC Info

108

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) 2025

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) 2025
22 April 2025 | Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya 2025

Suasana penuh keceriaan dan kemesraan mewarnai majlis ramah mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) baru-baru ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga MOTAC, para jemputan, serta sahabat-sahabat yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih istimewa buat semua yang singgah ke booth Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)! Kehadiran anda benar-benar menceriakan kami. Semoga anda semua terhibur dan menikmati juadah pencuci mulut yang kami hidangkan.

Syawal ini bukan hanya tentang juadah yang enak, tetapi juga tentang jalinan ukhuwah, kasih sayang dan kenangan indah bersama. Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan semangat kerjasama yang terus mekar dalam MOTAC.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami warga MaTiC!
© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 08 Mei 2025 • Jumlah Pelawat : 11,062,768
Kembali ke Atas