• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Objektif & Fungsi

Objektif & Fungsi

Objektif
Menjadikan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai ‘One-Stop Centre’ yang unggul dan berdaya saing untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai Perkhidmatan dan kemudahan pelancongan yang disediakan seperti perkhidmatan khidmat nasihat pelancongan menerusi Kaunter Pelancongan, kemudahan E-Portal, mengadakan persembahan dan aktiviti kebudayaan, Pusat Kraftangan dan sebagainya yang hanya terdapat di MaTiC.

Fungsi
  1. Mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang disusun oleh Kementerian di MaTiC serta penyebaran maklumat pelancongan negeri-negeri melalui perkhidmatan kaunter pelancongan, akses ke laman web pelancongan dan paparan di Billboard.
  2. Merancang, mengurus dan melaksanakan program serta aktiviti kebudayaan pelancongan menerusi persembahan, pameran, taklimat dan demonstrasi yang diatur bagi menarik pelancong dalam dan luar negara datang ke MaTiC.
  3. Menyediakan ruang dan kemudahan infrastruktur serta bantuan teknikal untuk penggiat seni dan budaya.