Hayati keindahan seni persembahan tradisional Melayu apabila DFP terus memainkan peranannya sebagai mercu sokongan kepada tarian dan muzik warisan. ARTISTANA Istana Budaya dan Orkestra Tradisional Malaysia membawakan persembahan yang tidak dapat dilupakan, menghidupkan kembali legenda-legenda Pantai Timur seperti Cik Siti Wan Kembang, Puteri Walinong Sari, dan tujuh puteri Ulik Mayang, disampaikan dengan keindahan magis dan mistik yang memukau. Selami irama rakyat yang berwarna-warni dan pernah mewarnai kehidupan masyarakat Pantai Timur, sambil menghayati kekayaan warisan sejarah yang tidak ternilai dalam persembahan yang unik ini.
ARTISTANA Istana Budaya
Orkestra Tradisional Malaysia
Persembahan ini akan berlangsung selama kira-kira 90 minit dengan rehat selama 20 minit.
📅 Tarikh: 9 Ogos 2025
🕘 Masa: 8:00 malam – 10:30 malam
📍 Tempat: Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur
Dapatkan tiket anda sekarang di dfp.com.my/mistik-pura-masyrik
09
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.