PAMERAN STEP INTO MALAYSIAN NATURE
Sertai kami dalam meraikan keindahan dan kepelbagaian khazanah alam semula jadi Malaysia menerusi sebuah pameran seni yang menampilkan karya-karya artis tempatan dan antarabangsa.
Tempat: Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Tarikh: 13 - 28 Jun 2026
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang pameran, antaranya:
- Pameran Seni
- Gerai Cenderamata dan Produk Kreatif
- Demonstrasi Lukisan Secara Langsung dan Bengkel Seni
- Sesi Bicara Alam dan Penceritaan
- Bengkel Kraf dan Penanda Buku
- Sesi Mini Lukisan
Majlis Perasmian:
Tarikh: 14 Jun 2026
Masa: 2 Petang
Disempurnakan oleh:
Mr. Kitaoka Tatsuya
Kaunselor dan Pengarah Perkhidmatan Maklumat Jepun
Kedutaan Jepun di Malaysia
Antara Aktiviti Utama yang Akan Berlangsung:
- Bengkel Mozek
- Bengkel Kraf
- Ceramah Konservasi Beruang Matahari oleh BSBCC
- Bengkel Lukisan
- Sesi Bicara Alam
- Jualan Hasil Seni Buatan Tangan dan Produk Berinspirasikan Alam
Pameran ini mengajak para pengunjung untuk menghayati keindahan alam melalui seni, di samping menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar serta memperkasakan kreativiti komuniti. Ia merupakan platform yang menggabungkan ekspresi seni, kesedaran alam sekitar dan pertukaran budaya dalam satu pengalaman yang bermakna.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama menjayakan sambutan seni dan alam semula jadi ini.
13 - 28
10 AM - 5 PM
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.