🎭 PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2025 - SIRI 5
Jikey Kembara Putera
Saksikan sebuah persembahan istimewa yang menghidupkan kembali seni teater rakyat yang hampir dilupakan – Jikey Kembara Putera, pada 26 & 27 September 2025, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC Kuala Lumpur.
Jikey ialah seni teater tradisional dari utara Semenanjung, khususnya Kedah dan Perlis. Kali ini, kami membawakan Jikey Langkawi, dengan gabungan lakonan spontan, muzik secara langsung, tarian tradisional, serta elemen komedi dan sindiran sosial. Jikey Langkawi: Kembara Putera memberi nafas baharu kepada pentas seni budaya tempatan.
Kisah Kembara Putera mengangkat perjalanan seorang putera muda yang merantau untuk menimba ilmu dan memahami erti kepimpinan sejati. Dalam pengembaraan itu, beliau melalui pelbagai peristiwa yang menguji ketabahan, kebijaksanaan, dan keikhlasannya.
Dengan gabungan cerita rakyat, sindiran sosial, dan nilai murni yang disampaikan secara menghiburkan, persembahan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ia bukan sahaja menghibur, tetapi juga mendidik serta menjadi cerminan masyarakat.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keindahan warisan seni ini yang semakin jarang dipentaskan. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk bersama-sama menghayati Jikey Kembara Putera.
⏰ Hadir lebih awal untuk keselesaan anda.
🎟️ Untuk pembelian tiket, sila hubungi Remy atau Fifah seperti yang tertera pada poster.
26
27
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.