PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2026: GERAYU
“Merentasi Tradisi, Menyulam Kreasi”
Panggung Seni Tradisional (PST) kembali pada tahun 2026 dengan mempersembahkan Gerayu: “Merentasi Tradisi, Menyulam Kreasi”, sebuah perjalanan seni yang menampilkan keindahan budaya Malaysia melalui persembahan yang penuh warna, gerak dan penghayatan.
Mengangkat warisan seni tari yang diwarisi turun-temurun, persembahan ini menggabungkan elemen tradisi dan kreativiti kontemporari dalam sebuah produksi yang meraikan identiti seni persembahan Malaysia.
Tempat:
Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC
Harga Tiket:
RM30.00 (Biasa)
RM50.00 (Premium)
Pertanyaan dan Tempahan:
Zidane - 012 8411017
Qiesya - 014 7241916
Hanis - 013 7721096
Saksikan persembahan istimewa daripada Dansa Fusion Kuala Lumpur dan hayati keunikan seni tari yang menghubungkan warisan budaya dengan kreativiti masa kini dalam sebuah pengalaman yang memukau dan bermakna.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyokong kelestarian seni budaya tempatan serta menikmati keindahan persembahan yang mengangkat khazanah warisan negara.
12
8:30 PM
13
3 PM & 8:30 PM
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.