17 Jun 2025
MaTiC Info
14
Transformasi Baharu Kaunter Informasi MaTiC

Wajah baharu kaunter informasi Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kini tampil lebih profesional dan mesra pelawat!
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Penyelenggaraan dan Teknikal, di bawah seliaan Encik Ahmad Rahizan Mohd Arif, Penolong Jurutera Kanan MaTiC, atas kejayaan melaksanakan kerja-kerja pemasangan backdrop baharu di Kaunter Utama MaTiC. Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan berterusan dalam memperkukuhkan imej korporat MaTiC serta memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan terbaik demi keselesaan dan pengalaman pengunjung yang lebih mesra dan profesional.
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan yang terlibat atas dedikasi dan komitmen tinggi dalam merealisasikan projek ini.