Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yang bakal berentap dalam Festival Tari Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan.
Festival ini akan berlangsung pada 19 dan 20 April 2025 (Sabtu dan Ahad) di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Empat kumpulan tarian tradisional dan empat kumpulan tarian kreatif akan mempersembahkan keunikan serta keindahan tarian mereka di pentas.
Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan finalis Pertandingan Tarian Kanak-Kanak pada 19 April 2025 serta Pertandingan Battle Dance pada 20 April 2025.
Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan tiket anda sekarang sementara stok masih ada!
19
20
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.