• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Sejarah MaTiC
  • Kronologi Sejarah

Kronologi Sejarah

  • 24 Feb. 1948

    Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.

  • 15 Jul. 1956

    Perasmian bangunan sebagai Markas Tentera Penjajah Inggeris di Tanah Melayu oleh Mejar Jeneral F.H. Brooks, Panglima Angkatan Tentera Persekutuan.

  • 1957

    Jabatan Kerja Raya membina sebuah dewan bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelan dewan telah direka oleh En. Dinsdale, Arkitek JKR dan En. Jewkes, Timbalannya. Pembinaan bangunan tersebut menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit.

  • 24 Feb. 1958

    Dewan ini telah dibuka dan dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan dinamakan Dewan Tunku Abdul Rahman serentak dengan perasmian dewan ini telah dilangsungkan satu Persidangan Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh.

  • 27 Ogo. 1958

    Pejabat dan galeri Balai Seni Lukis dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman.

  • 28 Nov. 1958

    Majlis Jamuan Makan Malam Negara untuk meraikan Perdana Menteri Malaysia.

  • 12 Sep. 1959

    Persidangan pertama Perlimen Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

  • 25 Jan. 1960

    Perasmian Persidangan Pesuruhjaya Negeri Jabatan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

  • 31 Jan. 1960

    Pelancaran Rasmi Minggu Bahasa Kebangsaan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

  • 4 Jan. 1961

    Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga.

  • 31 Jan. 1963

    Pelancaran rasmi Televisyen Malaysia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia.

  • 31 Jan. 1964

    Perasmian Muktamar Islam Sedunia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

  • 15 Jan. 1965

    Upacara Pelancaran SEACOM (Sistem Kabel Telekom).

  • 11 Apr. 1966

    Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keempat.

  • 1963-1968

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

  • 11 Jul. 1968

    Upacara perasmian penubuhan Majlis ARKIB Antarabangsa Cawangan Asia Tenggara (SARBICA) oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • 5 Jan.1970

    Perasmian Seminar Pembangunan Antarabangsa Kelima oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • 20 Feb.1971

    Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kelima.

  • 5 Dis. 1974

    Perasmian rasmi Bank Simpanan Nasional oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

  • 28 Feb. 1976

    Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keenam.

  • 20 Apr. 1981

    Pelancaran rasmi Amanah Saham Nasional oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia.

  • 8 Jun 1981

    Perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah oleh Y.A.B Dato' Seri Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • 23 Jul. 1983

    Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan GERAKAN oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.