28 Januari 2026
MaTiC Info
13
Lawatan Rasmi Timbalan Menteri MOTAC ke MaTiC
28 Januari 2026 | Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ke MaTiC
YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), telah mengadakan lawatan ke Food Festival, Reruai Kraf serta Permainan Tradisional Gasing yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Lawatan ini turut diiringi oleh Encik Mohamad Nawwar Faiq bin Mohamad Noh, Pengarah MOTAC Kuala Lumpur/Putrajaya; Encik Mohd Akbal Setia, Pengarah Kanan, Pengiklanan & Digital merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 serta Encik Sufian bin Zainuddin, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program serta melihat secara dekat penglibatan penggiat industri kreatif, usahawan tempatan dan komuniti setempat dalam memelihara serta mempromosikan warisan budaya negara. Kehadiran delegasi ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memperkukuh sektor pelancongan berasaskan budaya, seni kraf dan warisan tradisional, sejajar dengan aspirasi Visit Malaysia 2026 serta usaha meningkatkan daya tarikan pelancongan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.